Bisnes Produk Fizikal A
RM176K+
Total sales direkodkan
UNTUK PENJUAL SATU PRODUK FIZIKAL
Tengah packing, customer tanya harga. Baru nak rehat, ada yang nak order. Yang cakap “nanti saya fikir” tadi pula belum sempat follow-up.
Korang sediakan maklumat produk. Kami siapkan chatbot untuk layan pertanyaan, bantu ambil order dan follow-up pelanggan. Siap dengan sesi tunjuk cara guna, untuk produk korang sendiri.
Tempah setup RM500 Ada soalan? Tanya di WhatsAppPromo RM500 sekali bayar untuk setup
Langganan platform, penggunaan AI dan caj WhatsApp berasingan.

HASIL PENGGUNA SEPOSEN
Antara hasil yang direkodkan oleh pengguna Seposen. Identiti bisnes dirahsiakan untuk menjaga privasi pelanggan.
Bisnes Produk Fizikal A
Total sales direkodkan
Bisnes Produk Fizikal B
Total sales direkodkan
Contoh hasil pengguna Seposen. Angka dibulatkan; hasil setiap bisnes berbeza.
Total sales merujuk nilai pesanan direkodkan, termasuk COD dan pesanan belum selesai bayar. Closing rate ialah nisbah pelanggan unik yang membuat pesanan kepada lead unik dalam CRM. Rekod ini menunjukkan penggunaan Seposen, bukan jaminan hasil pakej setup RM500.

KERJA YANG BERULANG SETIAP HARI
“Berapa harga?”
“Sesuai untuk saya ke?”
“Ada COD? Macam mana nak order?”
Bila perbualan makin banyak, follow-up mudah tertinggal. Kerja bisnes yang lain pun kena tunggu.
APA YANG KAMI SETUP
Kami uruskan maklumat produk, cara bot berbual dan langkah mengambil pesanan. Korang boleh fokus pada bisnes sementara kami siapkan setup.
Customer tanya harga, kegunaan atau cara beli? Kami sediakan maklumat produk dan FAQ supaya bot boleh membantu tanpa korang menaip jawapan yang sama berulang kali.
Bot tanya perkara yang relevan, jawab keraguan dan cadangkan pakej berdasarkan perbualan.
Kami tetapkan follow-up supaya perbualan yang terhenti boleh disambung semula mengikut konteks pelanggan.
Kumpul butiran yang diperlukan, sahkan ringkasan pesanan dan rekodkan order dalam dashboard.
Ruang screenshot dashboard pelanggan dan pesanan
Pantau pesanan dan pelanggan melalui dashboard. Masa handover, kami tunjuk cara guna serta cara kemas kini maklumat asas.
Bila pelanggan perlukan bantuan lanjut, korang boleh semak perbualan dan ambil alih.
Perbualan dan pesanan boleh dipantau dari satu tempat.
CARA KERJA
Beritahu produk yang dijual. Kami semak kesesuaian, terangkan pakej dan bantu kenal pasti bahan yang diperlukan.
Sediakan detail produk, harga, pakej, caj pos, FAQ dan gambar atau testimoni yang boleh digunakan.
Kami siapkan bot, kemudian uji cara ia menjawab pertanyaan, menyambung follow-up dan mengambil pesanan sebelum handover.
Dalam 1 sesi Zoom, kami tunjuk cara pantau chat, semak pesanan dan kemas kini maklumat produk.
Jadual siap dipersetujui selepas bahan dan akses yang diperlukan lengkap.
SEMAK DULU
✓ Jual satu produk fizikal, walaupun ada beberapa pakej.
✓ Dah ada pertanyaan melalui WhatsApp atau sumber trafik.
✓ Ada maklumat produk dan harga yang jelas.
✓ Nak serahkan kerja setup dan belajar urus penggunaan asas.

SIAPA YANG BANTU SETUP?
Saya Khaidin, SifuChatbot. Saya bantu usahawan siapkan chatbot WhatsApp untuk urusan jualan dan customer service.
Untuk produk korang, kami susun maklumat, sesuaikan cara bot melayan customer dan uji perjalanan sampai ke pesanan.
Masa sesi Zoom, saya tunjuk cara pantau chat, semak order dan kemas kini maklumat produk. Lepas handover, bantuan penggunaan tetap ada melalui support Seposen.
PROMO SERVIS SETUP
Serahkan kerja setup kepada kami. Maklumat produk disusun, cara bot melayan customer disesuaikan, dan aliran pesanan diuji sebelum handover.
Korang sediakan bahan produk. Kami uruskan setup dan tunjuk cara guna.
Nilai servis RM2,990
SETUP FEE · SEKALI BAYAR
RM500 untuk kerja setup. Langganan platform, AI dan caj WhatsApp berasingan. Lihat FAQ untuk skop bantuan selepas handover.
Semak skop dan kos operasi sebelum buat bayaran.
SOALAN YANG BIASA ORANG TANYA
RM500 ialah setup fee sekali bayar. Langganan platform, penggunaan AI dan caj WhatsApp berasingan. Kos operasi akan diterangkan mengikut keperluan penggunaan sebelum bayaran setup.
Kami siapkan chatbot untuk satu produk, masukkan maklumat dan media yang korang sediakan, tetapkan follow-up serta uji aliran pesanan. Termasuk 1 sesi Zoom untuk tunjuk cara guna.
Boleh. Contohnya produk yang sama dijual dalam pakej 1, 3 atau 5 botol. Jika ada beberapa produk berbeza atau logik pesanan yang kompleks, kita semak skop dahulu.
Boleh. Kerja setup kami uruskan. Korang sediakan maklumat produk dan akses akaun yang diperlukan. Dalam 1 sesi Zoom, kami tunjuk cara pantau chat, semak pesanan dan kemas kini maklumat produk.
Boleh dapatkan bantuan penggunaan dan masalah teknikal melalui support standard Seposen. Permintaan ubah strategi closing, rombak flow, integrasi tambahan atau minta kami buat adjustment custom akan disemak sebagai kerja berasingan.
Tiada jaminan jumlah jualan. Bot membantu mengurus perbualan dan pesanan, tetapi keputusan turut bergantung pada produk, harga, kualiti leads serta operasi bisnes. Rekod pengguna di atas ialah contoh penggunaan sebenar, bukan sasaran yang dijanjikan.
Jadual dipersetujui selepas semakan bahan dan akses. Sediakan maklumat produk, pakej harga, caj pos/COD, FAQ, gambar dan butiran pembayaran. Keperluan akaun serta sambungan WhatsApp akan disemak bersama.
LANGKAH SETERUSNYA
Beritahu produk yang dijual dan dari mana pelanggan datang. Kami bantu semak bagaimana chatbot boleh digunakan untuk urusan jualan korang.
Bincang terus dengan kami di WhatsApp sebelum buat keputusan.
Langkah 1 daripada 3 · Jawab 3 soalan ringkas
Untuk hantar slot, reminder & handover.
Untuk resit bayaran & pemberitahuan slot.
Supaya kami tahu apa yang perlu disiapkan untuk anda.
Termasuk setup, ujian aliran pesanan dan 1 sesi Zoom handover.
Langganan platform, AI dan caj WhatsApp berasingan. Support penggunaan standard tersedia; adjustment custom dan tuning berterusan di luar pakej.
Anggaran giliran sedang disemak. Tarikh siap bergantung pada kelengkapan bahan dan akses.
Nombor, email & nama produk wajib sebelum booking.
RM500 untuk setup satu produk dan 1 sesi Zoom handover. Langganan platform, AI, caj WhatsApp dan adjustment custom berasingan.